• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
Blue Orange Green Pink Purple

.::Derap Perjuangan::.

"Jika kamu merujuk kepada sejarah kebangkitan berbagai umat di Barat dan di Timur, dulu dan kini, kamu akan melihat mereka yang berjuang disetiap kebangkitan yang berjaya dan berhasil ,adalah kerana mereka mereka mempunyai manhaj yang digariskan yang di atasnya mereka berjuang. Mereka mempunyai hadaf (objektif-objektif) yang kearahnya mereka tuju … tanpa bosan dan futur. … Aku percaya wahai saudara, setiap putaran sejarah dan semua kebangkitan dalam sesebuah ummah berjalan diatas Undang-undang Alam ini, termasuk kebangkitan-kebangkitan agama yang dipimpin oleh para Nabi dan Rasul as. … Aku dapati sifat gopoh tertanam kukuh didalam peribadi kita, cepat terkesan, gelora perasaan dan sebagainya, menjadikan kebangkitan kita sekadar lonjakan perasaan , didesak oleh faktor yang sementara sifatnya, kemudian menyejuk dan padam seolah-olah macam tiada apa-apa berlaku …

Talkshow bersama Dr Zainur!

Read More 0 opini | Posted by huzaifah edit post

1,2 Mula!


Minggu lepas, bermulalah sesi pengajian tahun 3 buat kami di Sekolah Perubatan Kasr El-Ainy, Universiti Kaherah. Abang2 kate tahun ni tahun yg paling mencabar sebelum melangkah ke tahun klinikal. Moga Allah meringankan ayunan langkah kami semua dan memudahkan usaha kami mendalami satu cabang daripada ilmuMU yang maha luas.

Mungkin kami tidak setekad Syeikh Abu Qadir Jailani yang sanggup mengembara sewaktu usia remaja merentas padang pasir berdebu untuk mendalami ilmu agama atau segagah Imam Bukhari yg sanggup merantau ke seluruh pelusuk tanah Arab bagi mendapatkan hadis2 shohih…namun kami harap KAU ganjari kesungguhan kami meninggalkan ”Saratoga” (selimut tebal) yang membungkus batang tubuh yang dingin sewaktu musim sejuk untuk ke kuliah atau kepayahan kami meredah panas terik semasa musim panas untuk pergi ke kuliah dan mengejar redhamu…

Kadang-kadang aku kembali merenung;

Siapa yg memberi kita….
FAHAM apa yang diajar oleh pensyarah,
INGAT dan HAFAL segala atau sebahagian pelajaran yang diajar,
Melancarkan lidah semasa ‘oral’, melapangkan otak semasa ‘written’, menyeragamkan ayunan tangan semasa ‘practical’…

Kalau bukan dariMU, YA ALLAH…………………………………………………………………

Semuanya di dalam aturanMU…subhanallah…Kadang-kadang pelik bila melihat ada orang yang terus takbur dengan nikmat Nya dan mengganggap kejayaannya adalah hasil usaha dia semata-mata.

Ya Allah, Berkatilah ilmu yg telah,sedang dan akan aku pelajari..moga ia menjadi pemberat mizan hasanah di akhirat kelak…

Syidda hilak, ya ashabi! Bittaufiq wa najah..
Read More 1 Comment | Posted by huzaifah edit post

Buat yang tersayang~

Read More 1 Comment | Posted by huzaifah edit post

3 Sahabat Ramadhan~



Di dalam perut manusia terdapat 3 rakan karib yang selalu berkerjasama dalam
melakukan kerja harian , mereka ialah Enzim, Asid, dan Bakteria.
Manakala didalam paru-paru pula, Alveoli merupakan komuniti terbesar yang bertugas membuang karbon dioksida dan membekal oksigen.
Mari kita belajar sesuatu dari kisah kehidupan mereka sepanjang bulan Ramadhan.



Hari itu, kira-kira jam 5 pagi, si Asid tiba-tiba tersedar dari tidurnya apabila melihat sesuatu turun laju dari atas. Dia terkejut melihat nasi bercambur ayam yang tiba-tiba masuk kebiliknya sebelum waktu subuh . Apabila ada makanan, maka bermakna mereka diarahkan berkerja oleh tuannya yang bernama manusia.

Lalu si Asid menjerit mengejutkan dua rakan karibnya.
“ Oiii Enzim, Bakteria…..bangun, bangun!.


Enzim dan Bakteria terpinga-pinga.


“ Apahal ni Asid, pukul berapa ni?, tanya Enzim pada Asid.

“ Pukul 5 pagi, tuan kita ni tiba-tiba je hari ni suruh kita berkerja”, jawab si Asid bersungguh-sungguh.

“ Alamakkk, apahal pulak tuan kita ni, selalunya shift keja kita mula kita 8 pagi, hari ni pulak kerja awal, mimpi apa bos kita malam tadi, leceh betullah”,Bakteria menyampuk dan mengeluh.


Dalam keadaan terpaksa mereka bertiga melakukan tugasan masing-masing. Bertugas dalam keadaan tergesa-gesa dan jarang dilakukan pada waktu begini. Enzim dan Asid masih merungut-rungut.

Menjelang jam 2 petang, mereka semakin hairan apabila tuannya tidak menyuruhnya berkerja.


“ Eh, kenapa tak ada makanan masuk ye, tadi jam 10 pagi tak ada jugak, tuan kita ni tak ada duit ke?, keluh si Asid.

Tiga jam kemudian, si Asid mengeluh lagi,


“ Wah, lama betul kita rehat hari ni, air kosong pun tak masuk, jom kita relak dan menyanyi!


Mereka bertiga pun menyanyi dan menari. Masing-masing mengutuk antara satu sama lain kerana suara sumbang mereka. Lagu yang tiada irama dan tiada melodi. Kriookk, kreekk, krukkk. Kata si Enzim, “ Kita mana tau lagu lain, dari kecik lagu ni je yang kita tahu!

Jam sudah menunjukkan hampir 7.30 malam. Tiba-tiba Asid menjerit kuat. “ Tolongggg, tolongggg….. “ Apahal kau ni Asid!, sergah Enzim.

“ Kau tak nampak ke tu, bermacam-macam makanan dan air masuk dalam bilik kita ni. Tadi kita seronok tak ada kerja. Kalau banyak macam ni, 6 jam pun tak abis kita kerja malam ni, bos kita dah tidur tapi kita masih berkerja”, kata Si Asid dengan muka berkerut. Bakteria kaget dan terdiam.

“ Ya lah, ada macam-macam makanan ni, selalunya nasi je, tapi ni ada mee, rojak, karipap. Eh eh, cendol pun ada”, keluh si Enzim.

“ Betullah, air pun ada dua tiga warna ni, mandi lencunlah kita. Bahaya ooo, ini air pewarna. Malam ni kita kena overtimelah”, sampuk Bakteria. Dia terus merungut dan mengomel, dia terus bersyarah, “ Tapi tak pa, bos kita paksa kita kerja lebih masa, nanti aku pulas usus dia, aku keluarkan gas, nanti kita tenguklah, bos kita akan lama mencangkung dalam tandas, lembiklah dia lepas tu, silap-silap waktu maghrib pun abis!

Esoknya, kira-kira pada waktu yang sama, Si Asid menjerit lagi, “ Bangun-bangun! Kita kerja awal lagi hari ini”. Bakteria tersedar dan berkata,” Ooooo…kau orang lupa ke, semalam kita kerja awal, hari ni pun kerja awal, maknanya dah masuk bulan puasalah, bulan Ramadhan”. Asid dan Enzim angguk tanda setuju.

“ Aku nak SMS kawan kita yang lain, nak tanya khabar mereka”, kata Asid. Mereka bertiga terus berkerja pada pagi itu sambil merungut-rungut kerana tidak biasa berkerja pada waktu begitu .Dan seperti Ramadhan yang lepas, biasanya mereka mengambil masa seminggu untuk menyesuaikan diri dengan rutin baru ini.

Tiba-tiba Asid bersuara, “ Kawan kita yang bosnya selalu pergi masjid tu dah jawab SMS. Dia kata dia dah biasa kerja awal pagi ni. Paling tidak sekali dalam seminggu. Dan dia kata, waktu bosnya berbuka puasa, tak banyak makanan, biasa saja dan tak perlu buat overtime. Tak macam kita, bilik kita macam tong sampah. Aku kesian juga kat usus besar, padat bilik dia. Bau bilik dia jangan cakaplah ”.

“ Untung ye kawan kita tu, dia dah tak terkejut kerja pada awal pagi. Dia dah lama dapat rehat, seminggu sekali pulak tu. Kita ni berkerja 334 hari , siang malam, 30 hari je dapat rehat. Itu pun rehat waktu siang. Bila bos kita berbuka, teruk kita dibuatnya, bukan dia saja tersandar, kita pun tersandar lebih masa kerja. Nanti lepas tarawih ada moreh, kita keja lagi”, kata si Enzim.

“ Hahahaha….gelak si Bakteria. “ Nasib kita lah, sabor je dalam sebulan ni.... nanti bila bulan syawal, bersedialah kita, bukan overtime lagi dah, tapi dah tak ada time untuk kita rehat, macam-macam masuk dalam bilik kita ini, dah nasib kita!!

“ Abih camno, tak dapek den nak nolong eh, tapi harap-harap bos kita dapat dengar keluhan kita ni, lepas Ramadhan ni dia beri kita rehat sikit, kalau tak dapat seminggu sekali, sebulan sekali pun ok dah”, kata si Asid dengan muka serius dan masam. Asid ini memang sifatnya masam.

“ Yolah botul tu, bos kita ingat kito ni mesin ko, mesin pun ado maso rehat eh”, sampuk Bakteria.
“ Aku ada idea, kita pesan kawan kita tu, suruh bos dia ajak bos kita supaya rajin-rajin dengar ceramah agama dan sembahyang berjemaah kat surau tu. Ni tak, bos kita asyik sembahyang kat rumah je. Nanti bila dah dengar ceramah agama, harap-harap dia ubah sikap. Paling tidak dia belajar-belajar puasa sunat, kita dapat rehat”, Si Enzim memberi cadangan.

“ Betul tu! balas Bakteria. “Kau nak tahu tak, semalam aku lepaskan geram kat bos kita sebab dia lambakkan macam-macam dalam bilik kita. Masa dia sujud, aku keluarkan gas, lalu keluar balik cendul hijau kat hidung dia, padan muka kelahap sangat!”.


“ Hahahaha…., mereka bertiga gelak berderai-derai.




Tiba-tiba rakan mereka di bilik paru-paru bersuara, iaitu Si Alveoli. “ Oii…apa yang kau orang seronok sangat ni?

“ Saja, kita orang gelakkan bos kita ni. Kau pulak apakhabar? Bilik kau orang okey tak sepanjang puasa ni?, tanya Enzim pada Alveoli.

“ Alahhh, kau buat-buat tanya pulak, siang hari je bilik kita orang ni tak berasap. Nanti lepas buka puasa, kita orang lemaslah balik. Macam inilah gamaknya, dah berpuluh tahun macam ni”, komen si Alveoli.


"Aku pun hairan juga, bos kita ni boleh pulak tak berasap selama 12 jam pada bulan Ramadhan ini, tapi pada bulan lain, dua tiga jam sekali bilik kita orang mesti penuh dengan asap “, si Alveoli terus mengeluh.

“ Kita kena pesan kat kawan kita kat bilik paling atas tu, Si Otak supaya suruh bos kita berhenti menganaiya kau orang. Suruh kuatkan semangat bos kita ni”, balas si Bakteria.

“ Setahu aku, Si Otak dah naik malas dah, bos kita ni selalu kata dia dah lama tahu akan keburukan telan asap ni, dulu bos kita penah taubat sedut asap ni, tapi taubat cili padi", jawab si Alveoli.

“ Kami semua dalam bilik ni dah makin tak larat dengan asap ni dan ada kawan kita orang dah tak larat nak kerja ambik oksijen dah, dia keluarkan lendir .Itu yang banyak kahak ,bos kita semput dan nafas pendik. Agaknya bos kita nak jadikan bilik paru-paru ni jadi simpanan toksik dan jadi kanser macam kawan bos kita tu yang mati baru-baru ni”, mereka terdiam mendengar cerita si Alveoli.
“ Yer ke, nanti bilik kau kena kanser, bila kita orang pun boleh kena jugak”, sampuk Si Asid.
Dalam mereka berbual-bual, Si Telinga juga menyampuk, “ Aku dah biasa dengar dalam iklan, tentang keburukan asap ni”.

Si Mata yang diam dari tadi berkata,“ Betul tu, aku pulak dah biasa membaca, malah sekarang ni, kat kotak rokok pun aku lihat bermacam-macam gambar ngeri akibat telan asap ni, tapi bos kita buat dek je. Dan kau orang nak tahu tak, hari tu mata aku ni tengok lama perempuan seksi tau, naik juling aku dibuatnya. Nama je puasa bos kita ni, aku tak diajaknya puasa sekali!

“ Aku pun ada dengar dalam Radio, menyuruh orang yang berjaya kurang merokok dalam bulan puasa ini, supaya kurangkan rokok pada bulan lain, kalau dapat terus berhenti lagi baik, tapi cuping aku dah tebal”, kata si Telinga sambil tersengeh.

“ Yalah, aku pun ada tenguk, ada orang kat Masjid tu, sebelum dia sembahyang dia sempat lagi berasap tu”, kata Si Mata menyindir.


“ Betul tu, ada hidung orang lain yang sensitif dengan bau asap ni dan menganggu solat dia orang, nanti buat pahala dan buat dosa serentak”, jawab Si Hidung yang dari tadi asyik menghidu.

Tiba-tiba Si Mulut berkata, “ Aku malas nak komenlah, bos kita ni jarang benar berzikir dan baca Al Quran dalam bulan puasa ni. Dia suruh aku bercakap pasal kerja dan masalah harian dia saja. Pada bulan lain, lagilah liat lidah aku ini untuk berzikir. Yang paling aku tak suka, aku masih maki hamun orang, macam tak ada beza dengan bulan tak puasa".

Dengan penuh bersemangat Si Alveoli menyeru, “ Jom kita buat deklarasi dan memorandum moga tuan kita akan berubah laku lepas puasa ni tahun ini, nanti kita semua akan lebih sihat dan selamat, bos lagilah selamat. Dia panjang umur, kita semua akan bertambah usia, bos mati, kita semua akan mati serentak tau!

Enzim bersuara. “ Nanti dulu, jangan lupa ajak si Hati, dia yang paling penting, tanpa dia, tak berkesan saranan kita nanti. “ Betul tu, tapi aku tengok si Hati pun dok muram saja, dia pernah beritahu aku yang dia pun sedih dengan bos kita. Badan si Hati makin kotor dan tidak sihat. Dia cuma diberi makanan berzat saja, tapi tak diberi secukupnya makanan hati”.

“Okey lah, nanti kita bincang dengan Hati, kita tanya pendapat dia. Rosak si Hati, kita semua akan rosak ”, kata si Asid.


Dr Yusof Abbas
http://bioibadah.blogspot.com/


Read More 1 Comment | Posted by huzaifah edit post

Hidup aku ni berkat ke tak?

Menggapai Hidup BeSekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka sendiri.

(Q.S. Al-A'raaf : 96)

Mengapa wang yang banyak, rumah yang besar, isteri yang jelita atau suami yang tampan (kalau dah berkahwin), ilmu yang luas tidak mengangkat darjat dan martabat pemiliknya? Malah menghinakannya? Dia tidak memperolehi kebahagiaan atau ketenteraman melainkan hanya mendapatkan masalah dan kesulitan yang tidak pernah putus. Apa sebabnya? Sebenarnya penyebabnya begitu 'simple' sekali, bahwa semua itu tidak berkat.

Kita tidak boleh cukup puas dengan memiliki sesuatu. Tetapi yang harus lebih kita titikberatkan adalah keberkatan atas segala sesuatu itu. Jadi seharusnya jangan kita takut/bimbang jika tidak dapat memiliki sesuatu, tetapi yang kita perlu lebih takut ialah jika sesuatu yang sudah kita miliki itu tidak membawa keberkatan dalam episod hidup kita.

Contohnya, bagi seorang remaja, yang masih belajar dan tidak mempunyai pendapatan tetap lagi, mungkin begitu terliur apabila melihat sahabat lingkungannya bergaya dengan telefon bimbit berjenama canggih;mungkin mencecah ribuan ringgit. Lantas, dia menanam impian untuk memilikinya dan bimbang jika impiannya tidak kesampaian. Yang seharusnya dia fikirkan, bagaimana telefon itu mampu memberikan keberkatan pada hidupnya; dapat simpan lebih banyak 'contact' sahabatnya agar ukhuwwah terus terjalin, dapat mudah bangun solat subuh dengan adanya 'multiple alarm', dapat mendengar ayat suci Al-Quran dengan adanya 'music player' pada telefon itu dan lain-lain lagi. Atau dia mula memikirkan agar dapat menyimpan lebih banyak gambar 'awek' dalam 'handset'nya, dapat mendengar lagu-lagu lagho buat mengisi masa lapang, atau boleh bermesra-mesra dengan kekasih dengan menggunakan 'video call'.

Maka, kita mesti waspada dan sangat takut jika hidup kita tidak berkat, iaitu yang tidak bermanfaat bagi dunia dan juga tidak bermanfaat bagi akhirat. Mulailah berhati-hati dengan wang. Mulailah berfikir bagaimana supaya wang yang Allah kurniakan kepada kita menjadi berkat?

Seperti misalannya gelas. Gelas hanya kita gunakan untuk minum selepas kita bersihkan terlebih dahulu. Jangan sekali-kali kita mencuba untuk tidak jujur. Kerana apa? Jujur atau tidak jujur dalam perbuatan kita, Allah tetap yang memberi rezeki. Rezeki penjahat datang dari Allah, rezeki orang jujur juga datang dari Allah. Bezanya, rezeki yang diberikan kepada penjahat tadi haram, tidak berkat, sedangkan yang diberikan kepada orang jujur adalah rezeki yang berkat. Kerana sebenarnya meskipun seseorang itu perompak, kalau Allah tidak memberi, mana mungkin dia mendapatkan hasil rompakan yang lumayan. Namun, banyak pencuri yang gagal, perompak yang gagal. Semua itu karena kehendak Allah.

Lantas,setelah kita jujur dalam kehidupan seharian kita, kita harus berhati-hati agar jangan sampai ada hak-hak orang lain yang terampas atau tidak ditunaikan, apalagi hak ummat. Na'udzubillahi min dzalik.

Alkisah, Umar bin Abdul Aziz -semoga Allah meredhainya-, ketika beliau sedang menyelesaikan urusan negara pada malam hari di rumahnya, tiba-tiba anaknya mengetuk pintu biliknya. Kemudian beliau membuka pintu dan lampu di biliknya itu terus serta-merta dimatikannya. Si anak lalu bertanya, "Kenapa engkau matikan lampu, ya Abi?" lalu beliau menjawab, "Kerana minyak yang digunakan lampu ini milik negara. Tidak wajar kita membicarakan urusan keluarga dengan menggunakan wang negara", Begitulah Umar, sangat hati-hatinya kerana mengharapkan hidupnya mendapat redha dan berkat dari Allah swt.

Harta kekayaan melimpah yang Allah kurniakan kepada kita, ianya akan membawa sejuta keberkatan kepada kita, jika dengan harta yang bersih itu kita gunakan untuk menunaikan kewajiban-kewajiban samada kepada orang lain apalagi kepada ummat. Ingat, wang yang kita punya bukan hak milik mutlak kita, tetapi hanya sekadar pinjaman Allah untuk kita agih-agihkan kepada diri kita, keluarga kita, dan ummat keseluruhannya.


Read More 4 opini | Posted by huzaifah edit post

Selamat Melangkah ke Alam Baru~


Majlis Akad Nikah, 3 April 2009, Jumaat pagi..~

Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK/ARMA)

Kami ucapkan Selamat Pengantin Baru,

Kekal abadi buat selamanya,

Berbahagialah suri di dalam rumah tangga,

Kasih yang bersemi mula mekar berbunga..

Alhamdulillah..Qamarul Naim selamat diijabkabulkan dengan satu lafaz dalam Bahasa Arab. Debaran pengantin dan hadirin akhirnya tertunai dengan ucapan lafaz akad pengantin..(mesti dah banyak kali berlatih :)

Selepas selesai majlis akad nikah yang sederhana di surau DMAK, majlis diteruskan dengan walimah/kenduri di dewan DMAK bagi meraikan 2 pasangan pengantin:

Qamarul Naim & Khairah | diijabkabulkan pada 3 April 2009

Ust Sirojul Afkar & Dr Nik Nabihah | diijabkabulkan pada 22 Disember 2008

Di doakan kedua2 pasangan pengantin baru ni,moga terus berbahagia hingga ke Syurga dan kekal hingga ke anak cucu. Ameen~

Pengantin sedang bergerak dengan senang-lenang ke surau DMAK di mana majlis akad berlangsung~

Tibalah saat-saat yang mendebarkan~

Pembawa hantaran pengantin siap-siaga untuk bergerak berarak bersama pengantin~


Qamarul & Khairah menuju ke dewan diiringi paluan kompang

Kegembiraan jelas terpancar pada riak wajah Ustaz Halim (bapa pengantin perempuan)

Warga PaLS | Alumni SMIH JB

duduk diam2 ‘ammu nak ambik gambar ni..

Pernikahan adalah diperintahkan,

Sunnah baginda yang dimuliakan,

Bahtera dikemudi bersama sehaluan,

Keimanan di hati dijadikan pedoman..

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran)
bagi orang-orang yang berfikir.”[Ar-Rum:21]

*kredit kepada munawwar dan anas

Read More 2 opini | Posted by huzaifah edit post

Apabila hati kosong dan lidah tidak bertulang..


Ada sebahagian daripada kita…anda akan melihat mereka seolah-olah mempunyai 2 peribadi yang saling ‘kontra’ pada jasad tubuh yang satu..anda akan melihat “blog” juga tulisan serta kata-kata mereka penuh dengan kata-kata semangat, perjuangan, dakwah, cita-cita menegakkan Islam, tetapi sayangnya mereka bukan hidup dengan itu semua. Hati mereka tidak ‘basah’ dengan limpahan cahaya iman, gelojak dakwah dan cita-cita menegakkan agama..Apatah lagi menyumbang duit, buah fikiran, tenaga, malah perasaan untuk tegakkan agama ini…aduh..sayang sekali dengan pinjaman tuhan pada mereka..

Masakan tidak, hidup mereka masih lagi dengan ketawa sepanjang masa, novel dan komik sahaja teman karib suka dan lara, masa kosong penuh dgn jadual rancangan televisyen dan ‘movie’ serta lagu-lagu yang “mengasyikkan” sehingga kadang-kadang Al-Quran pun mungkin tidak disentuh seharian..Ya, hati mereka kosong…laungan takbir juga hanya di bibir…mata mereka sangat payah utk menitiskan air mata menyesal atas dosa yg menggunung dan diri yg hina…apatah lagi bangun qiamulail…

Yang mereka asyik fikirkan ialah diri mereka! Bagaimana ingin memenuhkan perut mereka dengan makanan terlazat, bagaimana ingin menghabiskan cuti dengan pengembaraan ke negara terhebat, bagaimana ingin kelihatan terhebat di sisi mata ‘kaum hawa’…Ya..sibuk dengan urusan diri sendiri..sedangkan umat menanti mereka ini untuk membawa sinar baru kepada umat; umat yang hampir hanyut.

Apabila otak mereka letih dengan ilmu dan pelajaran, dan hati mereka sesak dengan masalah diri yang datang tidak berhenti, bukan Al-Quran atau zikrullah yang dicari atau dituju….tapi permainan komputer dan seloka video yang didamba…

Lidah mereka juga tidak bertulang. Maki-hamun, hina, cakap belakang, mengumpat, fitnah perkara biasa hingga tidak lahir lagi kekesalan pada hati yang mula dipenuhi titik-titik hitam. “Suka hati aku la, ni kan mulut aku!” Ohhh..mereka lupa rupanya bahawa mulut, hati, anggota badan dan segala-gala yang mereka miliki adalah milikNya. Dan semua ini akan diperhitungkan di akhirat kelak.

Biarkanlah mereka dalam khayalan mimpi mereka. Jika mereka tidak berubah dan merubah diri mereka, sedangkan telah datang peringatan pada mereka sepanjang masa, amat rugi dan kelamlah masa depan mereka.



Apakah mereka ingin membiarkan hati-hati mereka itu terus-menerus diperlakukan sedemikian? Sehingga ianya menjadi keras membatu…

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk
tunduk hati mereka
mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka). Janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka. Lalu, hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik."

(surah Al-Hadid ayat 16)


Rebutlah setiap kesempatan untuk berubah.

Semoga hidupmu lebih bermakna..

Read More 10 opini | Posted by huzaifah edit post
Older Posts

Palestine,We Care!

  • Mata rantai perjuangan!
      Arah rintangan datang menghadang, tapi syurga di bawah kilatan pedang...
      Hancurkan kezaliman, tegakkan keadilan!
  • Ini Detiknya

    Palestine-We Care!

    • Infopalestina
    • Intifada
    • Palestinkini
    • Satu.Umat

    1Family

    • Ayah (Dr Md Nor)
    • Irfan
    • Nadiah

    jiwa:hamba

    jiwa:hamba
    Huzaifah Md Nor.::.Tahun 3, Kuliah Perubatan, Univ Kaherah....:::.....Abou Risy, Sayyeda Zainab...::..Senai, Johor D.T

    fikrah.haraki

    • Ustz Halim Abdullah
      Merai saat-saat manis
      3 days ago
    • Ustz Abdullah Zaik
      Merumus Pendirian Politik Berasas Maqasid Syarak
      5 days ago
    • Ustz Suhaib
      Suara yang mewakili Umat
      2 weeks ago
    • Ustz Fauzi Asmuni
      Penjara 1175 Tahun
      2 weeks ago

    AtasJalan

    • PEMBINA
    • ISMA Pusat
    • ISMA-Mesir
    • Dakwah Info
    • Ikhwan-tube
    • Aman Palestin Berhad
    • Ikhwan Muslimin (B Arab)
    • Ikhwan Muslimin (B Inggeris)

    ShoutMix chat widget

    Ikhwah Mesir

    • Ali Hussien [Cairo]
    • Dr Abduh [Zaqaziq]
    • Dr Abdullah Tahir [Mansurah]
    • Dr Akhimullah [Mansurah]
    • Dr Amin Abdul Rahman [Cairo]
    • Dr Basyir Kamaruzaman [Alex]
    • Dr Hakim [Mansurah]
    • Dr Hazim Azhar [Cairo]
    • Dr Mukmin [Cairo]
    • Dr Syafi [Mansurah]
    • Dr Wan Hilmi [Cairo]
    • Hakim Hamidon [Dumyat]
    • Ikram [Cairo]
    • Khairul Anuar [Cairo]
    • Muawwidz Al-Ansori [Tanta]
    • Mus’ab Norkefli [Alex]
    • Ramadhan Shaakir [Cairo]
    • Salman Abdul Rahman [Cairo]
    • Shuhaib Ar-Rumy [Cairo]
    • Suhail Sufian [Alex]
    • Syamil Esa [Tanta]
    • Syazwan Menon [Cairo]
    • Thaaqhib Mohammed [Cairo]
    • Zahid Naser [Cairo]
    • Zaizul Irsyadi [Cairo]

    alumni_smih

    • 'Ammar Taqiyuddin
    • Abdullah Munir
    • Ahmad Azlan
    • Ahmad Mustafa Din
    • Asyraf Aminuddin
    • Auzan Hasanudin
    • Hafizul Amin
    • Ihsan Shahrin [Jepun]
    • Nik Uqbah
    • Syafiq Yusof
    • Taufik Zaidon [UK]
    • Umayr Sayfurrahman
    • WA Mujahid

    medic7cairo

    • dr.asyraf alfaiz
    • dr.hazwansalleh
    • dr.ihsan hamdan
    • dr.faiz azli
    • dr.hakimi
    • dr.ijud
    • dr.saufi
    • dr.nabilalhanis
    • dr.khairul farhan
    • dr.syedmuhammadalhabshi

    gen8crew

    • Ammar Shahrin[South Korea]
    • Hakim Hamidon[Mesir]
    • Abdul 'Aziz
    • Amin Khidzir
    • ‘Asim Abdullah
    • Azlan Shah
    • Muaz Roslan
    • Syah Nazrin
    • Zayd 'Umair

    ~antara-benua~

    • Anas Aminin [India]
    • Azizul@Ijoy [Czech]
    • Hilal Asyraf [Jordan]
    • Syamil Salmi [Jordan]
    • Ahmad Fikri [Madinah]
    • Khairul Syazwan [Madinah]
    • Akhi Sani [Malaysia]
    • Syed Isra' [Malaysia]
    • Zafry Halim [Malaysia]
    • Hakim Bahaman [Malaysia]
    • Dr Zaki Ibrahim [Australia]

    sahabat medik

    • Abdul Azim Al-Abrar
    • Abdul Rahman Nik Mazian
    • Adam Zainuddin
    • Ahmad Afiffy Alfi
    • Ahmad Baihaqi Hassan
    • Ahmad Farid Nazmi
    • Asyraf Mohd Zuki
    • Dr. Ahmad Muhaimin
    • Effy Saiful
    • Ehmad Hamdi Naem
    • Faris Mohd Husin
    • HafizAdam
    • Hafzi Abdul Hamid
    • Iqbal Munauwir
    • Izwan Mohd Isa
    • Jalaluddin Sayuti Mohamad
    • Muhammad Akram
    • Najib Hasan
    • Nasrullah Nik Abdul Kadir
    • Tengku Abdul Kadir
    • Tuan Hazri Tuan Mat
    • Zul Hazmi Ahmad Zawawi

    RakanTerpaut

    • Abdul Muizz
    • Afiq Sayuti
    • Anas Kamarudin
    • Muhammad Yadiy
    • Shukri Suliman

    Hidayah's & Co.

    • Sekolah Islam Hidayah
    • Sek Men Islam Hidayah(SMIH)
    • road2jawa3
    • Generasi ke-7
    • Generasi ke-11
    • Generasi ke-12
    • Generasi ke-13
    • Alumni SMIH(PaLS)
  • Search






    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit

    © Copyright .::Derap Perjuangan::.. All rights reserved.
    Designed by FTL Wordpress Themes | Bloggerized by FalconHive.com
    brought to you by Smashing Magazine

    Back to Top